Kuasa Keinginan Yang Kuat..

18:28 Tuesday 6 September 2011

Kita semua yg kehidupan kita hampir kepada sempurna, kehidupan yg kurg bermasalah jarang dpt mengerti kuasa keinginan yg kuat ini.. apatah lagi dlm zmn yg penuh dgn keselesaan, zmn yg mana kemahuan turut menjadi keperluan hidup, zmn dunia berada pada hujung jari, sedikit sebanyak mengurangkan perasaan keinginan yg kuat kerana hampir semuanya sudah terisi, dan kita hidup dlm khdpn syurga dunia..

Namun, tidak semua org dilahirkan begitu.. bukan semua org dilahirkan oleh ibu bapa yg berjaya dan berilmu, tetapi hampir setiap kemahuan kita akan cuba ditunaikan oleh ibu bapa sebaik yg mgkn..

Seorang anak kepada pljr lulusan agama semestinya akan mendapat bimbingan dan ilmu yg hebat dari ayahnya.. Seorang anak kepada doktor juga begitu, dan seorang anak kepada engineer juga begitu..

Justeru mengwujudkan kelebihan kepada kita anak2 dari sudut ilmu yg dipelajari yg boleh didapati dgn mudah.. tetapi menghakis keinginan kita anak2 dlm usaha mencari ilmu, kerana tnpa keinginan, tnpa bersusah, tnpa permintaan, tnpa usaha, semuanya telah terhidang di depan mata.. namun keinginan akan mula timbul apabila setiap anak2 itu berazam untuk menjadi lebih baik dari ibu bapanya, justeru melahirkan sesuatu keinginan yg kuat.. apa lagi kalau keinginannya untuk menjadi lebih baik dari setiap org yg mengajarnya..

Ya wawasan yg tggi, cita2 yg melangit, akan melahirkan keinginan yg kuat, keinginan yg kuat akan melahirkan usaha yg menakjubkan, usaha yg menakjubkan akan melahirkan hasil yg terbaik..

Hampir setiap nabi dan rasul mempunyai keinginan yg kuat dlm beragama, lantas sebelum bertemu Allah, mereka tidak pernah berhenti di satu titik.. maka persoalan yg mgkn timbul adalah bgaimana utk mendapat keinginan yg seperti itu, sehingga melahirkan hasil yg sgt hebat..

Tentu lah persoalan ini sepattnya dpt memenuhi fikrah kehidupan manusia biasa kerana rasul itu juga dijadikan dri manusia biasa supaya boleh dijadikan contoh kepada kita semua..

Jadi kita perlu mula menilai dan melihat semula kehidupan dari kacamata nabi dan sahabat, memahami dan meletakkan diri kita pada tempat mereka.. dan semestinya kita perlu mencontohi perlakuan dan aktiviti mereka, slps teori dtg praktikalnya..

Jadi sunah ikutan itu bukan kerana semata ianya sunah, tetapi membawa erti yg besar dlm pemahaman dan keinginan kita utk beragama.. maka di sini penting utk melihat hikmah di dalam setiap perbuatan atau perkara, hikmah dlm beragama, kerana ia adalah satu cabang dari ilmu..

Kedua, antara hikmah dari satu hadis akhir zmn, yg mana menjelaskan tentang bahaya kemewahan kerana ia akan menyebabkan manusia kurg keinginan utk beribadah..

Ali r.a meriwayatkan, bahwa musab bin umair menyangka sekiranya segalanya sudah tersedia, sekiranya islam telah tersebar luas, maka umat islam pada ketika itu akan boleh menumpukan lebih byk masa utk beribadah, namun rasul mengatakan, tidak, malah keadaan pada ketika itu adalah lebih teruk.. dan hebatnya rasul Allah ini, kata2 nya menjadi satu kenyataan yg disaksikan oleh kita umatnya pada hari ini.. justeru kita tidak digalakkan untuk hidup dlm kemewahan, dan berbeza hidup mewah dgn hidup miskin..

Biarlah kita byk wang pn tapi jgnlah kita bermewah, kerana byk lagi perkara lain yg kita boleh buat dgn wang kita selain drpd bermewah..

bayangkan jika kita boleh ada keinginan org2 susah dan hidup dlm keadaan skrg yg kita hidup.. bayangkan jika kita boleh ada keinginnan yg kuat dlm keadaan memang kita boleh melakukannya..

maka disini ada salah satu kunci dlm kehidupan, salah satu kunci yg penting bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat, dan kunci itu adalah jwpn kepada persoalan, bagaimanakah caranya untuk melahirkan keinginan yg kuat dlm kehidupan?..