Our Father's Day =)

15:40 Thursday 23 June 2011


Since we just happen to pass the world Father’s Day day..haha..Let’s talk about it..

Well, according to wiki: ‘Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. It is celebrated on the third Sunday of June in many countries and on other days elsewhere.’..in Malaysia, people celebrate it at third Sunday of June..that is 19 June, this year.

Well, I guess that’s one thing wiki got it wrong..for me, I think we just can’t have a day to celebrate or being thankful for all our father/parent sacrifices, it should be a life time long event..where we should be grateful and pray for their well being every single day…

Dr. Yusuf al-Qaradhawi once said, “Hari ibu/bapa ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

We are not same as the western people..we are much greater than them..we are rich in manners and ethics..Bahkan in Islam itself have taught us, we must always show respect to our parent regardless of the time or place. It’s not limited only on father’s day; that we should show respects them..

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ
كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ
الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا﴿٢٤
“And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word. And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small." [17:23-24]


Nie video terbek nya.. 



Well speaking about respect and showing love, when was the last time you tell your parent that you love them directly?..it must have been long time ago..most people think, they don’t have t say it, because the parent knew it..well, it different!..when you say it, it mean a lot to them..say it while you still have the chance to say it..once there gone, you will regret it..believe me, I have when thru it..it never too late to tell them that you love them…



Alfatihah juga untuk arwah bapa yang telah pulang ke Rahmatullah, semoga di letakkan dlm kalangan orang2 yang soleh. Amin.


I guess that all, it’s not that much, but just as a simple reminder..
Sorry if there's any mistake -NiZaR (^^,)

Abu Ubaidah al-Jarrah

08:44 Wednesday 22 June 2011

Para sahabat radhiyallahu'anhum, merekalah yang telah mendapat didikan langsung dari Rasulullah s.a.w. Mereka lah yg digelar generasi Al-Quran, generasi terbaik  yang pernah hadir di tengah umat manusia. Kerana apa?  Baginda bukanlah meninggalkan Al-Quran itu dalam bentuk mushaf atau buku  seperti yang kita perolehi sekarang. Tetapi Al-Quran itu sendiri tertanam di hati para sahabat radiyallahu'anhum hasil dari didikan dan tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Mereka menyaksikan kerana apa dan sebab sesuatu ayat itu diturunkan dan beriman dengannya tanpa rasa ragu. Kerana itulah mereka digelar generasi Al-Quran. Malangnya pada zaman ini, lebih ramai yg mengenali artis-artis hiburan berbanding generasi hebat ini.

Dengan itu, post kali ini akan menceritakan serba sedikit mngenai sejarah hidup mngenai salah satu sahabat. Moga-moga dengan mengetahui sejarah hidup mereka, kita boleh mengambil contoh dari mereka dan moga-moga akan terlahir satu lagi generasi Al-Quran suatu hari nanti insyaAllah.

Siapa sahabat yang ingin diceritakan kali ini? Mari kita dengar satu cerita dulu....

Pada suatu hari, Umar al-Khattab r.a berkumpul dgn beberapa orang sahabat didalam suatu bilik lantas berkata " Apa harapan kamu?" Sahabat menjawab ,"Aku berharap bilik ini dipenuhi dengan emas agar aku boleh belanjakannya di jalan Allah". Berkata lagi Umar al-Khattab r.a "Apa harapan kamu?" Seorang sahabat yang lain menjawab "Aku berharap agar bilik ini dipenuhi dengan intan dan permata agar aku boleh gunakannya di jalan Allah". Umar al-Khattab r.a berkata lagi "Apa harapan kamu?". Sahabat menjawab "Wahai Amirul Mukminin, kami sudah tidak tahu untuk mengharapkan apa lagi". Lalu Umar al-Khattab r.a membalas "Harapanku agar Allah s.w.t memenuhi bilik ini dgn manusia-manusia seperti Abu Ubaidah al-Jarrah r.a agar aku boleh menghantarnya di jalan Allah". Dalam riwayat yg lain ada menyebut Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dan Muaz bin Jabal r.a

Jadi sahabat yang ingin diceritakan kali ini ialah.......

Abu Ubaidah al-Jarrah radhiyallahu'anhu

"Sesungguhnya setiap umat mempunyai penjaga amanah, dan penjaga amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al-Jarrah" [Hadith]

  • Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah
  • Lahir di Mekah dalam salah satu suku kaum Quraisy yang terhormat
  • Terkenal dengan nama panggilan Abu Ubaidah al-Jarrah
  • Antara yang terawal memeluk Islam. Dikatakan sehari selepas Abu Bakar as-Siddiq r.a
  • Salah seorang dpd 10 sahabat yang dijaminkan syurga ( yg 9 lagi ingat tak?? :D)
  • Seorang yg merendah diri, amat pemalu dan berani
·         Keberanian
·         Mengikuti hampir semua peperangan yg disertai Rasulullah s.a.w
·      Didalam perang Badar, beliau terpaksa memerangi ayah sendiri. Ayahnya telah bersumpah untuk membunuhnya kerana telah mengikuti Muhammad s.a.w. Akhirnya takdir menentukan bahawa beliau terpaksa membunuh ayah kandungnya sendiri. Beliau terlalu sedih hingga turunnya ayat 22 surah al-Mujadilah:

“Engkau tidak dapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut adalah ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan ruh (semangat). Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Allah meredhai akan mereka dan mereka meredhai akan Allah. Mereka itulah tentera Allah, ketahuilah bahwa tentera Allah pasti akan berjaya.”


·         Didalam perang Uhud, ketika tentera muslimin cuba menyelamatkan diri apabila di serang kembali oleh Khalid al-Walid, beliau cuba mendapatkan Rasulullah untuk memastikan baginda selamat. Rasulullah s.a.w cedera dgn anak panah tertusuk di rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dtg kepada baginda dan mencabut anak panah tersebut dgn gigi beliau hingga gigi beliau tercabut dan melindungi baginda daripada musuh.

Zuhud
·         Pada zaman pemerintah Umar al-Khattab r.a, beliau menjadi ketua tentera Islam menggantikan Khalid al-Walid atas arahan khalifah. Apabila Umar menziarahi beliau, yang ada di rumah beliau hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya, "Wahai sahabatku, mngapa engkau tidak mngambil sesuatu rampasan perang seperti orang lain?". Abu Ubaidah r.a mnjawab " Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah ckup bagiku"

Kepimpinan
·         Semasa memimpin tentera Islam di Syam, wabak taun datang menyerang. Umar al-Khattab r.a memanggilnya pulang ke Madinah dgn mengatakan ada sesuatu yang perlu dilakukan di Madinah. Lantas Abu Ubaidah r.a membalas surat tersebut:

"Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya saya tahu yang tuan perlukan itu adalah saya, akan tetapi saya berada di tengah-tengah tentera muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sehingga Allah yang menetapkannya. Oleh itu, sesampainya surat saya ini janganlah paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya untuk tinggal disini"


Setelah Umar membaca surat tersebut, bercucuran air mata beliau. Para sahabat menyangka Abu Ubaidah al-Jarrah telah meninggal dunia. Lalu Umar menjawab " Tidak, tetapi kematian sudah menghampirinya. Tidak lama selepas itu Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia kerana wabak tersebut.

Wasiat Abu Ubaidah al-Jarrah
·         Sebelum pergi menghadap Illahi, beliau berwasiat:

"Aku ingin memberi kamu nasihat yg akan mmbuatkan kamu sentiasa di atas jalan kebaikan. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, mendermalah, tunaikanlah haji dan umrah, saling nasihat-menasihati antara kamu dan sentiasa bersatu. Berilah nasihat kepada pemimpin kamu, jangan menipu, jangan terpesona dgn harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian utk setiap manusia, kerana itu semua manusia akan mati. Orang yg paling beruntung adalah orang yg paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya utk akhirat. Salam sejahtera ke atas kamu semua dan semoga kamu semua dalam perlindungan Allah s.w.t"

·         Setelah itu beliau melantik Muaz bin Jabal r.a utk menggantikan beliau memimpin tentera muslimin. Setelah beliau meninggal dunia, Muaz bin Jabal r.a berkata:
"Wahai sekalian kaum muslimin, kamu sudah dikejutkan dgn berita kematian seorang pahlawan, yg demi Allah saya tidak menemukan orang yg lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Mintalah agar Allah mengasihinya dan Allah akan mengasihi kamu"

Begitulah serba sedikit kisah ringkas mengenai kisah hidup "Penjaga Amanah Umat", Abu Ubaidah al-Jarrah  r.a. Dengan sifat-sifat yang diceritakan, tidak mustahillah Umar al-Khattab r.a sntiasa mngharapkan manusai-manusia seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah. Semoga ada manfaat yg boleh diambil dari kisah ini. Ada kelapangan, mungkin akan diletakkan pula kisah mengenai Muaz bin Jabal r.a =)


Nukilan ikhlas dari hati,
Muhammad Naqiuddin bin Muhd Khassan.

PEPERIKSAAN AKHIR HAYAT

11:10 Sunday 19 June 2011


Dahulu melangkah ke dewan peperiksaan
penuh debaran yang dirasakan
menanti soalan yang menuntut jawapan
mengukur kemampuan dalam pembelajaran

Bagi yang telah mengulangkaji dan menelaah
kelihatan tenang tidak gelisah
jika cemerlang masa depan cerah
terbayar segala penat dan lelah

Kini melangkah ke alam kehidupan
timbul pula pelbagai persoalan
tentang peranan seorang insan
dijadikan khalifah di bumi Tuhan

Bagi yang mahu mengambil peringatan
Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan
supaya tidak tersalah pilihan
dalam memberi sebarang jawapan

Kelak melangkah ke hari perhisaban
tibalah masa menghadap Tuhan
setiap tindakan menjadi persoalan
baik dan buruk menjadi timbangan

Hari yang diadakan sebagai pengukur
yang mana beriman dan yang mana kufur
supaya di dunia tidak takbur
berbuat dosa tanpa ditegur

Yang beriman wajah bercahaya
segala jawapan tersemat di dada
dahulu di dunia mereka membaca
Kalimah Tuhan tidak dipersia

Yang kufur bermuram durja
tiada jawapan dapat dikemuka
dahulu di dunia mereka lupa
tujuan asal mereka dicipta

Selesai dihisab keluarlah keputusan
yang bakal merendah dan meninggikan
masing-masing ada buku laporan
segalanya tercatat tiada yang ditinggalkan

Yang ditinggikan mendapat bahagia
di dalam Syurga kekal selamanya
terbayar sudah segala usaha
Rahmat dari Tuhan yang Esa

Yang direndahkan mendapat celaka
api neraka yang bernyala-nyala
kerana dahulu mereka alpa
tidak bersedia dari muda

Gagal periksa boleh diulang
di paper julai yang akan datang
gagal beriman teramatlah malang
sesudah mati dah takde peluang

Pandang ke kiri pandang ke kanan
dunia penuh dengan kejelekkan
hawa nafsu didahulukan
kepentingan peribadi diutamakan

Apalah guna punya ilmu yang tinggi
jika hanya mementingkan duniawi
ilmu Akhirat tidak dicari
walhal disanalah kehidupan yang hakiki...

Iz

Seuntai Kata Untuk Dirasa

09:33 Tuesday 14 June 2011


ringggGGGG!!....rinngGGG!!..."ish,spe plak yg kaco neh! Memekak je!" terbisik hatiku di satu subuh yang hening. "owh,jam loceng rupenye!bru pukul 5 pagi neh,lek2,subuh abes kol 6.30.awal lg neh.PUP!!tros ak tutup lantas menebarkan badanku di atas tilam empuk bertemankan bantal busukku.

kokokan ayam menandakan hari sudah siang,
tidak kusadari dikala mimpi yg dalam,
terjaga ak dr ketiduran yg panjang,
bukannya kerna kewajipan yg semakin suram.

hari yg ku tunggu tunggu sudah menjelma.ak bersiap siap dalam keraguan.langkah kanan disertakan bismillah terasa madu di kotak suaraku.restu ayahbonda,jiran tetanga segalanya telah terikat padu."broom2!!"berdesis bunyi enjen milik ayahku ini.dipandu pada kelajuan 80km/H memecut perlahan tatkala terlihat papan tanda "pandu perlahan jiwa selamat "

Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan,
terasa gentar hati ketakutan,
adakah nasib memainkan peranan?
ataupun usaha menjadi taruhan

"arrh,peduli la semua itu,"
kecut hatiku berbisik memalsukan air mukaku
melangkah yakin melulu menghadap guru,
menerima suratan taqdir yg sangat pilu.

ak kaku! lidahku kelu!s sebak dadaku!"TIDAK!! susah payah ak studi sal jd lagu nie?"meronta ronta hatiku menafikan tinta2 hitam pada satu helaian kertas putih.terus phone ku berbunyi menerima panggilan.hendaknya ku off sahaja tapi tidak kesampaian.
"aswad,camne result?"abgku bertanya.dalam nada yg lemah ak menjawap ringkas."aswad rse x bley dah nak g overc la"

tak sempat ku berkata apa,
pulang kerumah disambut mesra
ucapan tahniah bergema di udara,
terasa indah namun hanya sementara.


hatiku berasa gelisah,
tatkala cita2 ku terasa musnah,
menara gading puncak terindah,
namun ianya mimpi yang punah.

sangatlah kecewa,gundah gundala.seminggu ku layu umpama bunga yg telah hilang seri menunggu masa gugur ke bumi.alhamdulillah,parents dan familiku lah yg senantiasa berada disisiku meberi sokongan padu supaya maju ke hadapan.borang melanjutkan pelajaran ke oversea telah ku isi.hanya mencuba nasib walhal keputusannya telah terisi.

permintaan ku ditolak bulat bulat,
tetapi semangatku masih kuat,
rayuan bertulis telah dibuat,
dengan harapan masih ada tempat.

sepurnama ku menanti,
hari demi hari silih berganti,
iringan doa tidak dilupai
namun penantianku masih tiada erti.

"tunggu punya tunggu hari tidak hujan" kenampakan harapan yang semakin pudar dan suram .tunas tunas putus asa memutik pantas menyelubungi sanubari.namun,ak kekalkan diriku berdoa kepada Ilahi laksana memanah di malam hari.

ke PASUM ak menuding jari,
dipenuhi assignment setiap hari,
mungkin taqdirku hanya disini,
ok la 2 at least blajo lagi.hehe :D

selepas sbulan."ring...ring..ring,eh,spe plak call neh?lantas ak mengangkat..assalamualaikum,ni adik aswad bin iswid ke?..aah,saya.ade ape hal cik?"suara ku bergetar menjawap panggilan tersebut.terlintas di benak fikiranku akan saman lalu lintas yg belum berbayar."alamak!polis neh!siot tol. abeslah ak,300 ringgit beb!!"terbisikku kegerunan."tahniah adik!adik telah terpilih untuk menghadiri 1 temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah.
haa!!"melonjak aku kegirangan.Sangatlah tidak kusangka.ak terus menghubungi ibu bapaku mengenai hal gumbira tersebut.

terbang ke angkasa menuju bumi anbia'
girang gembira rse x terhingga,
bidang perubatan bidang mulia,
di bawah pucuk pimpinan manchester pula.

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.dapat juga ak menggenggam pasir di bumi mesir.walhal sbelum ini terasa seperti mustahil untuk menjejakkan kaki di sini.alhamdulillah sekali lagi atas segala nikmat yang di beri.apa yg paling penting ialah ak sadari Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat.
Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti,
Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita.:D

-THE END-





". . . Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (katakan kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. . ." (Al-Baqarah:186)




Nukilan,
Abdul Malik

Betapa kerdilnya kita.

03:52 Friday 10 June 2011


“ Buat apa jadi doktor, ilmu doktor ini perkara yang di praktik di atas dunia.. kadang2 sebab nk belajar medic, abis tinggal sembahyang, abis xde masa nk baca al-quran, kalau baca pn kurang, kena baca buku Dr. Magdy lagi, buku Kumar Clark lagi, kalau sembahyang pn, smbhyg laju2, nk smyg jemaah pn susah.. lebih baik belajar ilmu agama, masuk Azhar, boleh buat banyak amalan.. bila belajar agama, banyak lah baca al-quran, belajar pn dalam masjid, belajar pula bnde yg akan menguatkan diri.. kalau medic senang dapat tempat kerja nanti di dunia, tapi azhar insyaallah kalau betul amalannya, senang dapat tempat yang baik2 di akhirat.. dunia itu sementara, akhirat itu kekal selamanya.. untunglah jadi budak azhar.. rasa mcm nk tukar kos pulak..” bisik hati kecil seorang pelajar perubatan...


Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan keadaan yang serba cukup, ada yang dilahirkan serba kekurangan. Dalam mencapai sesuatu matlamat di dunia dan akhirat, masing-masing dihujani dengan pelbagai rintangan dan ujian.


Segala Ilmu adalah milik mutlak Allah s.w.t. Sementara manusia bergerak di dalam jemaah, penilaian akhir tetap penilaian berdasar kan individu, pada hari yang tiada ayah yang dapat membantu anaknya, tiada suami yang dapat membantu isterinya, tiada rakan untuk membantunya, tiada anak yang dapat membantu ibu bapanya, itulah hari penilaian, penilaian yang tidak pernah wujud sebelum ini, penilaian yang langsung tidak sama dengan penilaian manusia, penilaian yang tiada cacat celanya, penilaian mutlak menurut ilmu Allah, itulah penilaian Allah s.w.t. kendatipun ada manusia yang menilai mengikut ilmu Allah, tetapi jangan kita lupa jika dibandingkan ilmu yang Allah beri kepada kita, adalah ibarat setitik air laut dari keseluruhan air laut yang wujud di dalam dunia ini. Betapa kerdilnya kita...


Ilmu perubatan itu juga ilmu milik Allah, tetapi lebih banyak diterokai oleh org2 yang tidak mempercayai pada Allah. Maka pelajar perubatan muslim sewajibnya mengaitkan apa yang dipelajarinya mengikut logik agama. Rasulullah adalah seorang doktor terunggul di dalam bidang perubatan. Mengapa tidur mengiring ke kanan? Berkaitan anatomy pengaliran makanan dari perut ke duodenum, dari kiri mengalir ke kanan, juga berkaitan kedudukan jantung di sebelah kiri, jadi kuranglah tekanan ke atasnya oleh paru-paru semasa tidur.. mengapa makan madu? Mengapa makan bijiran? Mengapa makan daging tetapi tidak kerap? Mengapa mengambil wudhu? Mengapa berpuasa? Mengapa diharamkan arak? Mengapa senyum? Mengapa bersih? Zaman dahulu langsung tiada pengetahuan mengenai mikrobiologi, tiada pengetahuan mengenai bakteria. Mungkin kita tidak merasa kagum, kerana kita hidup pada zaman yang mana banyak penemuan-penemuan dibuat oleh hipocrates, peyers, einstein, micholez, sjogren, Antonie Philips van Leeuwenhoek, bapa mikrobiologi, penemu kepada bakteria dan ramai lagi. Tetapi siapakah tuan empunya ilmu ini sebenarnya?


Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Bayangkan dari setitik air laut yang Allah beri kepada kita, kita bahagaikan setitik itu kepada beribu-ribu bahagian, ekonomi, sosial, undang2, perubatan, sains, arkitek, kejuruteraan, biologi, fizik, kimia, tauhid, fiqh, usuluddin, geografi, bahasa, dan pelbagai lagi. Dan ilmu itu terus dipecah2 kan menjadi berjuta2 bahagian. Betapa luasnya ilmu Allah yang telah mencipta sekalian alam ini... Maka berapa banyak pulak lah ilmu yang ada pada kita hari ini jika dibandingkan dengan segala ilmu yang ada?.. betapa kerdilnya kita..


Apa lagi kalau kita ini malas.. apa lagi kalau kita ini tidak membaca.. apa lagi kalu kita terus terlena.. apa lagi kalau kita hanya membiarkan musuh2 Allah yang merancang.. bukan perubahan kos yang menentukan, tetapi perubahan diri yang akan menentukan.. bukan bidang yang kita ambil yang akan menentukan, tetapi usaha kita yang akan menentukan.. kerana ilmu Allah itu teramatlah luas~


kita patut malu, malu pada Allah, sekiranya kita mengabaikannya.. kita patut takut, kita patut sedih, kita patut gundah, kalau2 Allah tidak memberi keredhaanya kepada kita.. semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk sentiasa melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangannya.. Ya Allah, berikanlah kami semua kekuatan..


Maka, jangan sesekali menoleh daripada ilmu, jangan sesekali lari daripada ilmu, jangan ponteng kelas.. kita haruslah membudayakan ilmu, mengangkat martabat ilmu, kurangkan hiburan, kurangkan perkara2 yang sia-sia.. kalau terasa byk masa, belajarlah apa sahaja ilmu pun, carilah sebanyak mana ilmu pn, berilah kepada orang lain sebanyak mana ilmu pn, kerana tidak seperti makanan yang boleh basi, tidak seperti minyak yang boleh habis, tidak seperti duit yg boleh turun nilainya, tidak seperti baju yang boleh koyak, ilmu itu sentiasa wujud terapung2 di awangan buat sesiapa sahaja yang ingin mengutipnya..


~belajar terus belajar~


Waallahualam...



Pendamba ilmu,
Fathi Munzir

HIASI PERCAKAPANMU

13:16 Monday 6 June 2011



Perkataan yang baik membuktikan keislaman seseorang. Setiap orang hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkannya adalah benar benar baik. Apabila kita tidak yakin dapat mengeluarkan kata kata yang baik, berdiam diri adalah lebih baik. Berkata yang baik tentunya lebih bermanfaat apabila dibandingkan dengan berdiam diri. Tetapi, meghindari akibat daripada perkataan yang kurang baik adalah lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang lain. Contohnya, penghinaan kita terhadap seseorang sebenarnye menunjukkan kehinaan kita sendiri apabila dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.


Alangkah rugi apabila waktu dihabiskan sekadar berbicara berkaitan dengan perkara perkara yang tidak penting. Kadang kadang kita tidak mampu memastikan topic yang kita bicarakan itu bermanfaat atau tidak. Bahkan, sering kali kita tidak berdaya menghindarkan diri daripada perbualan berbaur fitnah, umpatan dan permusuhan.


Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menjaga lidah kita supaya senstiasa berbicara mengenai perkara yang bermanfaat.


4 JENIS PERKATAAN:


1. Perkataan yang bijak
Sekiraya berbicara setiap kata katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingaa setiap orang yang mendengar merasakan manfaat daripada kata katanya.
Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata kata orang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yan bijak ini tidak terlalu melepaskn kata katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.


2. Perkataan yang biasa
Perbualan kosong yang tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan berbual kosong, tetapi tiada nilai sedikit pun. Contohnya bergosip sana sini, sembang bagai nak rak pasal isu2 politik yang tiada hikmahnya. Orang jenis ini adalah org jenis biasa yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu saja.
Orang orang ini berada dalam kerugian.


3. Perkataan orang yang martabatnya rendah
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapan nya. Dia selalu saja mencari kekurangan benda d sekelilingnya.
contohnya, apabila diberi makanan oleh isteri dia selalu bersungut, ‘ayang,makanan ni kurang panas’. Apabila dah dipanaskan, ‘ayang,kurang gula pulak’. Apabila dah letak gula, ‘kn sdap kalau ad kicap’. Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.
Orang2 seperti ini selalu sahaja mencari kesalahan orang lain dan ada saja benda yang tidak dia puas hati. Tgk ustaz,dia cakap ‘ala ustat,tau cakap kosong je’. Tgk anak jiran dapat belajar pergi mansoura, die cakap ‘ala anak kak piah,tak de la power mane nak banding dengan anak aku,Cuma aku je tak bagi anak ako belajar jauh2’. Semua nya menjadi kurang senang di matanya dan setiap perkataan yang diungkapkan,hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.


4. Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Cirri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih ibuk menceritakan kehebatannya sendiri. ‘surau ni memang besar,sbb aku yang bagi duit banyak untuk bina2..Cuma tang selipar surau je orang kampong yang bagi duit diorang’
Orang macam ni mahu dirinya dihargai masyarakat sehingaa selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukan,sehinga boleh menimbulkan rasa riak di situ.


Percayalah rakan2 sekalian, diam itu emas. Orang yang sanggup memelihara lidahnya adalah lebih hebat berbanding dengan orang yang suka menghamburkan kata kata, tetapi kosong dan tiada makna. Sentiasa berusaha supaya setiap perkataan yang kita ungkapkan benar benar bersih daripada perkara buruk yang tiada ertinya. Usahalah,kerana Allah pandang apa yang kita usahakan.
Semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan orang orang yang hampir denganNYA.


Renungan:
Kekuatan terbesar daripada kata-kata adalah kata-kata yang dapat memberi manfaat kepada orang yang mendengarnya.






Seikhlas hati dari,
Ahmad Amiuddin  ;)

SAYA dan ANDA

16:05 Friday 3 June 2011

saya dan anda,
kita,
ya,insan yang ada kekurangan dan kelebihan,
so what?
apa lagi yang disedihkan hati?=)

jangan,
jangan berasa sedih dan selalu tersisih,
bukan kita sahaja yang ditimpa,
bahkan nabi yang mulia diuji dengan derita dan sengsara.

mereka bahagia dalam derita, mereka kaya dalam papa
mereka memadai dengan tuhannya,
itulah kebahagiaan diwaktu sempit seorang diri,
dirasakan ramai walaupun hakikatnya,
keseorangan.

10 rukun baiah;

  1. faham
  2. ikhlas
  3. amal
  4. jihad
  5. thadhiah(berkorban)
  6. taat
  7. thabat(tetap pendirian)
  8. tajarrud(jati diri)
  9. ukhuwwah(persaudaraan)
  10. thiqah(kepercayaan)



sahabat,
apa yang kita kesalkan?
jangan,jangan ragu dalam keimanan.
=)

by;
Bunyamin Abdullah