Gersang

01:27 Friday 14 October 2011

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Lama sangat dah blog ni tak diupdate oleh ahli-ahlinya. Maybe semua sibuk dengan hal masing-masing lagipun sesi persekolahan baru bermula jadi ramai yang masih dalam zon "memanaskan enjin".

"tak sopan gila title"
"aish, mangkuk ni high ke apa dalam blog tulis gersang2"

ha... sabar.
Menurut kamus dewan dan pustaka, "Gersang" bermaksud KOSONG. Tak percaya?
Sila rujuk SINI.

bukan gersang apa, cuma rasa gersang sebab dah lama tak duduk sekali dengan ahli-ahli lain, berdiskusi dan berkongsi sejak dari sem lepas. Tak ke rasa KOSONG/GERSANG?

jadi bagi permulaan baru sesi kali ni, kita kongsi benda ringan-ringan dulu. sebagai mukadimah dan nak bagi enjin panas dulu.

ini gersang korek hidung


Apa ya nak dikongsi? (dah 20 minit tapi tak start tulis lagi)

Perlaksanaan,
nak buat/ubah sesuatu itu memang susah. Tambah-tambah kalau benda tu adalah sesuatu yang bukan semua orang biasa/setuju.

Jadi, tidaklah sesuatu itu seperti sifat/perangai/cara hidup dan lain-lain dapat diubah dengan sekelip mata. Perlaksanaan tidaklah semudah kata-kata.

Tapi tidak jugalah bermaksud apabila ia nampak mustahil/susah, kita terus abaikan dan tak mahu mencuba.

Sesuatu yang nak diubah, mulakanlah dengan sesuatu yang mungkin kita anggap kecil, tapi insyaAllah pada masa akan datang ia memberi impak yang besar dalam perubahan. Mungkin kita selalu ingat benda nak ubah ni kena ubah dari yang major terus dan terlepas pandang benda2 minor.

Jadi, perlaksanaan adalah PERLU tetapi secara berperingkat-peringkat. Kalau boleh secara menyeluruh terus lagi bagus, tapi kalau ada halangan atau kekangan, mulakan lah dengan perlaksanaan secara berperingkat.

Mungkin kita terlepas pandang, jadi apa kata kita mulakan sesuatu perubahan dengan benda yang kita mungkin rasa kecil iaitu dimulai dengan "Bismillah".

:)