HIASI PERCAKAPANMU

13:16 Monday 6 June 2011



Perkataan yang baik membuktikan keislaman seseorang. Setiap orang hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkannya adalah benar benar baik. Apabila kita tidak yakin dapat mengeluarkan kata kata yang baik, berdiam diri adalah lebih baik. Berkata yang baik tentunya lebih bermanfaat apabila dibandingkan dengan berdiam diri. Tetapi, meghindari akibat daripada perkataan yang kurang baik adalah lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang lain. Contohnya, penghinaan kita terhadap seseorang sebenarnye menunjukkan kehinaan kita sendiri apabila dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.


Alangkah rugi apabila waktu dihabiskan sekadar berbicara berkaitan dengan perkara perkara yang tidak penting. Kadang kadang kita tidak mampu memastikan topic yang kita bicarakan itu bermanfaat atau tidak. Bahkan, sering kali kita tidak berdaya menghindarkan diri daripada perbualan berbaur fitnah, umpatan dan permusuhan.


Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menjaga lidah kita supaya senstiasa berbicara mengenai perkara yang bermanfaat.


4 JENIS PERKATAAN:


1. Perkataan yang bijak
Sekiraya berbicara setiap kata katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingaa setiap orang yang mendengar merasakan manfaat daripada kata katanya.
Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata kata orang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yan bijak ini tidak terlalu melepaskn kata katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.


2. Perkataan yang biasa
Perbualan kosong yang tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan berbual kosong, tetapi tiada nilai sedikit pun. Contohnya bergosip sana sini, sembang bagai nak rak pasal isu2 politik yang tiada hikmahnya. Orang jenis ini adalah org jenis biasa yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu saja.
Orang orang ini berada dalam kerugian.


3. Perkataan orang yang martabatnya rendah
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapan nya. Dia selalu saja mencari kekurangan benda d sekelilingnya.
contohnya, apabila diberi makanan oleh isteri dia selalu bersungut, ‘ayang,makanan ni kurang panas’. Apabila dah dipanaskan, ‘ayang,kurang gula pulak’. Apabila dah letak gula, ‘kn sdap kalau ad kicap’. Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.
Orang2 seperti ini selalu sahaja mencari kesalahan orang lain dan ada saja benda yang tidak dia puas hati. Tgk ustaz,dia cakap ‘ala ustat,tau cakap kosong je’. Tgk anak jiran dapat belajar pergi mansoura, die cakap ‘ala anak kak piah,tak de la power mane nak banding dengan anak aku,Cuma aku je tak bagi anak ako belajar jauh2’. Semua nya menjadi kurang senang di matanya dan setiap perkataan yang diungkapkan,hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.


4. Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Cirri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih ibuk menceritakan kehebatannya sendiri. ‘surau ni memang besar,sbb aku yang bagi duit banyak untuk bina2..Cuma tang selipar surau je orang kampong yang bagi duit diorang’
Orang macam ni mahu dirinya dihargai masyarakat sehingaa selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukan,sehinga boleh menimbulkan rasa riak di situ.


Percayalah rakan2 sekalian, diam itu emas. Orang yang sanggup memelihara lidahnya adalah lebih hebat berbanding dengan orang yang suka menghamburkan kata kata, tetapi kosong dan tiada makna. Sentiasa berusaha supaya setiap perkataan yang kita ungkapkan benar benar bersih daripada perkara buruk yang tiada ertinya. Usahalah,kerana Allah pandang apa yang kita usahakan.
Semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan orang orang yang hampir denganNYA.


Renungan:
Kekuatan terbesar daripada kata-kata adalah kata-kata yang dapat memberi manfaat kepada orang yang mendengarnya.






Seikhlas hati dari,
Ahmad Amiuddin  ;)

0 comments:

Post a Comment