Betapa kerdilnya kita.

03:52 Friday 10 June 2011


“ Buat apa jadi doktor, ilmu doktor ini perkara yang di praktik di atas dunia.. kadang2 sebab nk belajar medic, abis tinggal sembahyang, abis xde masa nk baca al-quran, kalau baca pn kurang, kena baca buku Dr. Magdy lagi, buku Kumar Clark lagi, kalau sembahyang pn, smbhyg laju2, nk smyg jemaah pn susah.. lebih baik belajar ilmu agama, masuk Azhar, boleh buat banyak amalan.. bila belajar agama, banyak lah baca al-quran, belajar pn dalam masjid, belajar pula bnde yg akan menguatkan diri.. kalau medic senang dapat tempat kerja nanti di dunia, tapi azhar insyaallah kalau betul amalannya, senang dapat tempat yang baik2 di akhirat.. dunia itu sementara, akhirat itu kekal selamanya.. untunglah jadi budak azhar.. rasa mcm nk tukar kos pulak..” bisik hati kecil seorang pelajar perubatan...


Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan keadaan yang serba cukup, ada yang dilahirkan serba kekurangan. Dalam mencapai sesuatu matlamat di dunia dan akhirat, masing-masing dihujani dengan pelbagai rintangan dan ujian.


Segala Ilmu adalah milik mutlak Allah s.w.t. Sementara manusia bergerak di dalam jemaah, penilaian akhir tetap penilaian berdasar kan individu, pada hari yang tiada ayah yang dapat membantu anaknya, tiada suami yang dapat membantu isterinya, tiada rakan untuk membantunya, tiada anak yang dapat membantu ibu bapanya, itulah hari penilaian, penilaian yang tidak pernah wujud sebelum ini, penilaian yang langsung tidak sama dengan penilaian manusia, penilaian yang tiada cacat celanya, penilaian mutlak menurut ilmu Allah, itulah penilaian Allah s.w.t. kendatipun ada manusia yang menilai mengikut ilmu Allah, tetapi jangan kita lupa jika dibandingkan ilmu yang Allah beri kepada kita, adalah ibarat setitik air laut dari keseluruhan air laut yang wujud di dalam dunia ini. Betapa kerdilnya kita...


Ilmu perubatan itu juga ilmu milik Allah, tetapi lebih banyak diterokai oleh org2 yang tidak mempercayai pada Allah. Maka pelajar perubatan muslim sewajibnya mengaitkan apa yang dipelajarinya mengikut logik agama. Rasulullah adalah seorang doktor terunggul di dalam bidang perubatan. Mengapa tidur mengiring ke kanan? Berkaitan anatomy pengaliran makanan dari perut ke duodenum, dari kiri mengalir ke kanan, juga berkaitan kedudukan jantung di sebelah kiri, jadi kuranglah tekanan ke atasnya oleh paru-paru semasa tidur.. mengapa makan madu? Mengapa makan bijiran? Mengapa makan daging tetapi tidak kerap? Mengapa mengambil wudhu? Mengapa berpuasa? Mengapa diharamkan arak? Mengapa senyum? Mengapa bersih? Zaman dahulu langsung tiada pengetahuan mengenai mikrobiologi, tiada pengetahuan mengenai bakteria. Mungkin kita tidak merasa kagum, kerana kita hidup pada zaman yang mana banyak penemuan-penemuan dibuat oleh hipocrates, peyers, einstein, micholez, sjogren, Antonie Philips van Leeuwenhoek, bapa mikrobiologi, penemu kepada bakteria dan ramai lagi. Tetapi siapakah tuan empunya ilmu ini sebenarnya?


Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Bayangkan dari setitik air laut yang Allah beri kepada kita, kita bahagaikan setitik itu kepada beribu-ribu bahagian, ekonomi, sosial, undang2, perubatan, sains, arkitek, kejuruteraan, biologi, fizik, kimia, tauhid, fiqh, usuluddin, geografi, bahasa, dan pelbagai lagi. Dan ilmu itu terus dipecah2 kan menjadi berjuta2 bahagian. Betapa luasnya ilmu Allah yang telah mencipta sekalian alam ini... Maka berapa banyak pulak lah ilmu yang ada pada kita hari ini jika dibandingkan dengan segala ilmu yang ada?.. betapa kerdilnya kita..


Apa lagi kalau kita ini malas.. apa lagi kalau kita ini tidak membaca.. apa lagi kalu kita terus terlena.. apa lagi kalau kita hanya membiarkan musuh2 Allah yang merancang.. bukan perubahan kos yang menentukan, tetapi perubahan diri yang akan menentukan.. bukan bidang yang kita ambil yang akan menentukan, tetapi usaha kita yang akan menentukan.. kerana ilmu Allah itu teramatlah luas~


kita patut malu, malu pada Allah, sekiranya kita mengabaikannya.. kita patut takut, kita patut sedih, kita patut gundah, kalau2 Allah tidak memberi keredhaanya kepada kita.. semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk sentiasa melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangannya.. Ya Allah, berikanlah kami semua kekuatan..


Maka, jangan sesekali menoleh daripada ilmu, jangan sesekali lari daripada ilmu, jangan ponteng kelas.. kita haruslah membudayakan ilmu, mengangkat martabat ilmu, kurangkan hiburan, kurangkan perkara2 yang sia-sia.. kalau terasa byk masa, belajarlah apa sahaja ilmu pun, carilah sebanyak mana ilmu pn, berilah kepada orang lain sebanyak mana ilmu pn, kerana tidak seperti makanan yang boleh basi, tidak seperti minyak yang boleh habis, tidak seperti duit yg boleh turun nilainya, tidak seperti baju yang boleh koyak, ilmu itu sentiasa wujud terapung2 di awangan buat sesiapa sahaja yang ingin mengutipnya..


~belajar terus belajar~


Waallahualam...



Pendamba ilmu,
Fathi Munzir

3 comments:

  1. awesome perception which not many are able to uphold in a written piece. good choice of words, persuasive. brilliant comparison, the writing speaks for it self. impressive. ~belajar terus belajar~
    -lawyer-

    eushahida farizza

  2. This comment has been removed by the author.

    cenna msa

  3. subhanallah, great tazkirah...a big compliment to the author, n a big thanx 4 sharing.
    insya Allah, dapat istifadah

    cenna msa

Post a Comment