Abu Ubaidah al-Jarrah

08:44 Wednesday 22 June 2011

Para sahabat radhiyallahu'anhum, merekalah yang telah mendapat didikan langsung dari Rasulullah s.a.w. Mereka lah yg digelar generasi Al-Quran, generasi terbaik  yang pernah hadir di tengah umat manusia. Kerana apa?  Baginda bukanlah meninggalkan Al-Quran itu dalam bentuk mushaf atau buku  seperti yang kita perolehi sekarang. Tetapi Al-Quran itu sendiri tertanam di hati para sahabat radiyallahu'anhum hasil dari didikan dan tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Mereka menyaksikan kerana apa dan sebab sesuatu ayat itu diturunkan dan beriman dengannya tanpa rasa ragu. Kerana itulah mereka digelar generasi Al-Quran. Malangnya pada zaman ini, lebih ramai yg mengenali artis-artis hiburan berbanding generasi hebat ini.

Dengan itu, post kali ini akan menceritakan serba sedikit mngenai sejarah hidup mngenai salah satu sahabat. Moga-moga dengan mengetahui sejarah hidup mereka, kita boleh mengambil contoh dari mereka dan moga-moga akan terlahir satu lagi generasi Al-Quran suatu hari nanti insyaAllah.

Siapa sahabat yang ingin diceritakan kali ini? Mari kita dengar satu cerita dulu....

Pada suatu hari, Umar al-Khattab r.a berkumpul dgn beberapa orang sahabat didalam suatu bilik lantas berkata " Apa harapan kamu?" Sahabat menjawab ,"Aku berharap bilik ini dipenuhi dengan emas agar aku boleh belanjakannya di jalan Allah". Berkata lagi Umar al-Khattab r.a "Apa harapan kamu?" Seorang sahabat yang lain menjawab "Aku berharap agar bilik ini dipenuhi dengan intan dan permata agar aku boleh gunakannya di jalan Allah". Umar al-Khattab r.a berkata lagi "Apa harapan kamu?". Sahabat menjawab "Wahai Amirul Mukminin, kami sudah tidak tahu untuk mengharapkan apa lagi". Lalu Umar al-Khattab r.a membalas "Harapanku agar Allah s.w.t memenuhi bilik ini dgn manusia-manusia seperti Abu Ubaidah al-Jarrah r.a agar aku boleh menghantarnya di jalan Allah". Dalam riwayat yg lain ada menyebut Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dan Muaz bin Jabal r.a

Jadi sahabat yang ingin diceritakan kali ini ialah.......

Abu Ubaidah al-Jarrah radhiyallahu'anhu

"Sesungguhnya setiap umat mempunyai penjaga amanah, dan penjaga amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al-Jarrah" [Hadith]

  • Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah
  • Lahir di Mekah dalam salah satu suku kaum Quraisy yang terhormat
  • Terkenal dengan nama panggilan Abu Ubaidah al-Jarrah
  • Antara yang terawal memeluk Islam. Dikatakan sehari selepas Abu Bakar as-Siddiq r.a
  • Salah seorang dpd 10 sahabat yang dijaminkan syurga ( yg 9 lagi ingat tak?? :D)
  • Seorang yg merendah diri, amat pemalu dan berani
·         Keberanian
·         Mengikuti hampir semua peperangan yg disertai Rasulullah s.a.w
·      Didalam perang Badar, beliau terpaksa memerangi ayah sendiri. Ayahnya telah bersumpah untuk membunuhnya kerana telah mengikuti Muhammad s.a.w. Akhirnya takdir menentukan bahawa beliau terpaksa membunuh ayah kandungnya sendiri. Beliau terlalu sedih hingga turunnya ayat 22 surah al-Mujadilah:

“Engkau tidak dapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut adalah ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan ruh (semangat). Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Allah meredhai akan mereka dan mereka meredhai akan Allah. Mereka itulah tentera Allah, ketahuilah bahwa tentera Allah pasti akan berjaya.”


·         Didalam perang Uhud, ketika tentera muslimin cuba menyelamatkan diri apabila di serang kembali oleh Khalid al-Walid, beliau cuba mendapatkan Rasulullah untuk memastikan baginda selamat. Rasulullah s.a.w cedera dgn anak panah tertusuk di rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dtg kepada baginda dan mencabut anak panah tersebut dgn gigi beliau hingga gigi beliau tercabut dan melindungi baginda daripada musuh.

Zuhud
·         Pada zaman pemerintah Umar al-Khattab r.a, beliau menjadi ketua tentera Islam menggantikan Khalid al-Walid atas arahan khalifah. Apabila Umar menziarahi beliau, yang ada di rumah beliau hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya, "Wahai sahabatku, mngapa engkau tidak mngambil sesuatu rampasan perang seperti orang lain?". Abu Ubaidah r.a mnjawab " Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah ckup bagiku"

Kepimpinan
·         Semasa memimpin tentera Islam di Syam, wabak taun datang menyerang. Umar al-Khattab r.a memanggilnya pulang ke Madinah dgn mengatakan ada sesuatu yang perlu dilakukan di Madinah. Lantas Abu Ubaidah r.a membalas surat tersebut:

"Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya saya tahu yang tuan perlukan itu adalah saya, akan tetapi saya berada di tengah-tengah tentera muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sehingga Allah yang menetapkannya. Oleh itu, sesampainya surat saya ini janganlah paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya untuk tinggal disini"


Setelah Umar membaca surat tersebut, bercucuran air mata beliau. Para sahabat menyangka Abu Ubaidah al-Jarrah telah meninggal dunia. Lalu Umar menjawab " Tidak, tetapi kematian sudah menghampirinya. Tidak lama selepas itu Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia kerana wabak tersebut.

Wasiat Abu Ubaidah al-Jarrah
·         Sebelum pergi menghadap Illahi, beliau berwasiat:

"Aku ingin memberi kamu nasihat yg akan mmbuatkan kamu sentiasa di atas jalan kebaikan. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, mendermalah, tunaikanlah haji dan umrah, saling nasihat-menasihati antara kamu dan sentiasa bersatu. Berilah nasihat kepada pemimpin kamu, jangan menipu, jangan terpesona dgn harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian utk setiap manusia, kerana itu semua manusia akan mati. Orang yg paling beruntung adalah orang yg paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya utk akhirat. Salam sejahtera ke atas kamu semua dan semoga kamu semua dalam perlindungan Allah s.w.t"

·         Setelah itu beliau melantik Muaz bin Jabal r.a utk menggantikan beliau memimpin tentera muslimin. Setelah beliau meninggal dunia, Muaz bin Jabal r.a berkata:
"Wahai sekalian kaum muslimin, kamu sudah dikejutkan dgn berita kematian seorang pahlawan, yg demi Allah saya tidak menemukan orang yg lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Mintalah agar Allah mengasihinya dan Allah akan mengasihi kamu"

Begitulah serba sedikit kisah ringkas mengenai kisah hidup "Penjaga Amanah Umat", Abu Ubaidah al-Jarrah  r.a. Dengan sifat-sifat yang diceritakan, tidak mustahillah Umar al-Khattab r.a sntiasa mngharapkan manusai-manusia seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah. Semoga ada manfaat yg boleh diambil dari kisah ini. Ada kelapangan, mungkin akan diletakkan pula kisah mengenai Muaz bin Jabal r.a =)


Nukilan ikhlas dari hati,
Muhammad Naqiuddin bin Muhd Khassan.

0 comments:

Post a Comment